Ziarah ke rumah mangsa ribut

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Sekarang cuaca tidak menentu, tengah panas, tiba-tiba mendung dan hujan, di daerah Mersing Allah uji dengan angin yang kuat, banyak rumah yang rosak di pukul ribut.

Kami pergi ke 5 buah rumah di kawasan yang berbeza, ziarah dan lihat keperluan, ada yang bumbung terbang ditiup angin, ada yang rosak, ada yang siling rumah jatuh dan lain-lain, Allahu.

Selain daripada itu kami juga ke kawasan perumahan Endau, 12 buah rumah di kawasan tersebut juga rosak di pukul ribut, bila tiba, kami nampak dari jauh ada yang sedang betulkan bumbung, mungkin risau jika hujan air akan masuk kedalam rumah, ada juga antara mereka yang tidak sihat dan duduk sahaja di atas katil semasa kami ziarah.

Besar ujian untuk semua keluarga yang kami ziarah, disaat keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada yang pendapatan terjejas, anak isteri dan keperluan harian tetap perlu dipenuhi, diuji pula oleh Allah dengan ribut.

Kami beri kepada mereka semua wang tunai, beri sedikit kata semangat, semua ucap terima kasih, setidaknya kami datang beri sedikit kegembiraan dan ringankan beban mereka semua.

Terima kasih kepada Pejabat Daerah Mersing, pimpinan masyarakat setempat, penghulu, ketua kampung dan jiran-jiran, Moga Allah balas jasa baik dan pelihara semua.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT