Hanya motor dan kereta sahaja dapat diselamatkan

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Hanya motor dan kereta sahaja dapat diselamatkan, kebakaran berlaku sekitar jam 2.50 pagi, berpunca dari litar pintas suis utama rumah, 4 isi rumah iaitu seorang ibu dan 3 anak lelaki dewasa menetap di situ, syukur semuanya selamat.

Petang tadi kami bersama Pegawai Daerah Kota Tinggi datang ziarah, kongsi sedih dengan mereka, beri sedikit kata semangat dan lihat keperluan, sedih kami tengok, lebih 90% rumahnya terbakar, ruang tamu, dapur, bilik semuanya terbakar, walaupun sedih kami nampak ibu ini kuat, tidak zahirkan sedihnya, terima ujian dengan dengan reda.

Mereka kini menetap di sebuah rumah sewa, syukur ada hamba Allah bayarkan sewa untuk 3 bulan, insyaAllah kami akan beli dan hantar keperluan barangan perabut, elektrik dan beberapa keperluan lain untuk ibu ini.

Sebelum balik kami beri juga wang tunai dan barangan keperluan makanan asas, moga sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban ibu dan anak-anak.

Terima kasih Pegawai Daerah Kota Tinggi, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pimpinan setempat dan jiran-jiran, syukur semua prihatin dan baik, moga Allah balas jasa baik dan pelihara semua.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT