Kongsi sedih

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Kongsi sedih, ziarah kakak Lilatulakma, sebelum ini kakak bekerja sebagai guru tuisyen di rumah, Allah uji kakak dengan sakit minor strok, kini rehat buat sementara waktu dari mengajar.

Suami kakak sebelum ini bekerja di kantin, sekarang tidak beroperasi disebabkan PKP, kini membuat kerja-kerja kampung bagi meraih pendapatan untuk keperluan perubatan isteri dan anak-anak.

Suami kakak seorang yang bertanggungjawab, syukur jaga kakak yang sedang sakit dengan baik, rajin bekerja, sentiasa usaha untuk tambah pendapatan dan penuhi keperluan keluarga, alhamdulillah.

Kami bawakan sekotak pampers, susu khas dan makanan asas, sebelum balik kami beri juga wang tunai.

Moga Allah beri kesihatan segera pada kakak, beri kekuatan pada suami dan pelihara semua, terima kasih juga kepada ketua kampung sama-sama ziarah, syukur prihatin sangat pada penduduk setempat.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda