Bantuan kepada mangsa ribut

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah, kami bersama Pegawai Daerah Pontian hadir tanya khabar pada semua, kediaman mereka dipukul ribut beberapa hari lepas, kami lihat terdapat pelbagai kerosakan yang perlu dibaik pulih segera, lebih-lebih lagi cuaca yang tidak menentu sekarang.

Kami beri wang tunai pada semua, selain itu, Pejabat Daerah juga menyampaikan set bakul makanan, toto dan dapur memasak, syukur, sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

Terima kasih kepada Pegawai Daerah Pontian, pimpinan masyarakat setempat, agensi berkaitan dan NGO yang membantu, moga Allah permudahkan urusan mereka dan kita semua.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda