Semoga dipermudahkan urusan

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Allahu, sebak dan sedih sangat kami, ibu kepada 4 anak ini meninggal dunia, setelah Allahyarham suaminya meninggal dunia setahun yang lepas.

Anak Allahyarhamah Wandiana berusia 7, 6, 3 dan 1 tahun, semua masih kecil, comel, sebak sangat tengok muka mereka, mereka masih perlukan kasih sayang ibu, tidak dapat bayangkan sedihnya anak-anak ini, selama ini manja dengan ibu, tidur dengan ibu, kini semuanya berubah.

InsyaAllah anak-anak ini akan di jaga oleh adik beradik Allahyarhamah, kami dimaklumkan mereka akan di bawa ke Nilai, Negeri Sembilan dan menetap di sana.

Kami beri wang tunai dan insyaAllah jika suatu hari mereka berpindah semula ke Johor kami akan lihat keperluannya.

Mudahkan urusan anak-anak ini ya Allah, beri kekuatan pada mereka semua, jadikan mereka anak yang soleh dan solehah, terima kasih juga kepada ibu saudara mereka, datang dari Negeri Sembilan, ambil anak-anak ini, jaga mereka insyaAllah akan ada keberkatan dengan menjaga anak-anak yatim piatu.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda