Ujian pakcik Ishak

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Allah uji pakcik Ishak, bahagian hadapan rumah semua terbakar, syukur bahagian dapur dan bilik tidur bahagian belakang sempat diselamatkan, teruk juga kami lihat, banyak barang terbakar tidak dapat diselamatkan.

Rumah ini didiami oleh 9 orang, alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Kami hadir ziarah, beri wang tunai dan barangan makanan asas, syukur pimpinan setempat, Pejabat Daerah JKM semua prihatin, sama-sama hadir beri sumbangan.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda