Doakan pakcik Rahim

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Doakan pakcik Rahim ya, kasihan kami lihat, Allah uji pakcik, penglihatan pakcik terbatas akibat sakit pada selaput mata, selain dari itu pakcik menghidap penyakit kencing manis menyebabkan kaki kanannya membengkak, dan kini kaki kirinya juga sudah mula terdapat simptom yang sama, Allahu.

Pakcik masih bujang, duduk di rumah pusaka ibu bapanya. Sekarang pakcik tidak mampu bekerja, tiada pendapatan untuk keperluan makan, minum dan lain-lain.

Kami ziarah pakcik, tanya khabar, lihat keperluan. Kami beri wang tunai dan makanan asas, kami akan pertimbang bantuan secara bulanan kepada pakcik.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda