Bantuan kerusi roda khas

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Rasa mengalir air mata, bila sampai kami tengok adik baring di belakang van, bapa alaskan lantai van dengan carpet, biar adik selesa, baik sangat kami tengok adik, diam sahaja sambil baring, adik baru keluar wad dan hendak balik ke rumah.

Allah uji adik Nurazam sakit sejak usia 6 tahun, hospital cadangkan supaya adik gunakan kerusi roda khas, biar lebih selesa dan sesuai untuk kegunaan hariannya.

Bapa adik sebelum ini berniaga di pasar malam, sekarang tidak dapat berniaga, pendapatan terjejas, tapi itulah bapa, susah manapun tetap usaha untuk penuhi keperluan anak.

Kami beli dan hantarkan kerusi roda khas untuk adik, moga adik selesa, selain itu kami akan pertimbang bantuan perubatan secara bulanan untuk adik, moga adik kuat ya, cepat sembuh.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda