Ziarah mangsa kebakaran

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Doakan abang Hashim ya, abang dan isteri kerja di ladang yang sama, duduk di rumah yang disediakan.

Beberapa hari lepas rumahnya terbakar, beberapa dokumen, motor dan sedikit pakaian anak-anak sahaja dapat diselamatkan, yang lain hangus terbakar.

Kami masuk dalam rumah, tengok, banyak serpihan bumbung, kayu dan barang-barang peribadi abang dan kakak terbakar, pasti banyak guna duit untuk beli semula barang-barang tersebut.

Sekarang abang dan kakak tinggal sementara di rumah ibunya. Moga Allah permudahkan urusan abang dan kakak ya.

Sebelum balik kami beri sumbangan tunai, Moga sedikit sebanyak ringankan beban abang.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda