Bantuan kepada peniaga premis perniagaan terbakar

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Kedai inilah tempat mencari rezeki, sara anak dan isteri, ada yang jual pakaian, makanan dan minuman, semua hangus terbakar, tidak sempat selamatkan apa-apa.

Kedai ini disewa oleh mereka semua, ada 6 unit, kami datang ziarah dan berbual-bual, kebanyakan dari mereka semua sekarang tidak berniaga, ada yang buat kerja kampung, ada yang ikut buat kerja-kerja kontrak, syukur semua rajin bekerja, cari rezeki untuk keluarga.

Kami beri sumbangan wang tunai pada semua, ada yang kami jumpa di lokasi dan ada juga dari mereka yang hadir ke pejabat.

Moga sedikit sebanyak mengurangkan beban dan Allah mudahkan urusan abang-abang semua ya.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda