Ziarah keluarga jadikan kontena sebagai tempat berteduh

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Allahu Akbar, sayu sangat, rasa hendak mengalir air mata, tular semalam kakak Junaidah bersama keluarga jadikan kontena sebagai tempat berteduh.

Kakak mempunyai 5 orang anak berusia 5 hingga 13 tahun, alhamdulillah semua bersekolah, baik-baik semua, khusyuk sangat semua aminkan doa bila kami baca.

Masa sampai, suami kakak tiada di rumah, bekerja, suami kakak buat kerja-kerja kampung dengan upah harian yang tidak menentu, selain dari itu suami kakak juga baiki motorsikal, syukur rajin sangat suami kakak kerja untuk tampung keperluan keluarga.

Tanah yang kakak duduk adalah tanah persendirian, tuan tanah tidak minta apa-apa bayaran, cuma kakak dan suami bantu jaga kawasan tersebut, kawasan sekeliling ditutup dengan zink, alhamdulillah utiliti asas air dan elektrik semua ada.

Menurut kenyataan akhbar, keluarga kakak akan dibantu untuk mendapatkan kediaman yang lebih sempurna.

Sebelum balik kami berdoa, kami beri juga sumbangan duit tunai dan barangan asas pada kakak.

Terima kasih kepada semua pimpinan setempat, pejabat ADUN, JKM, penghulu, ketua kampung, syukur semua prihatin pada kakak dan keluarga.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda