Gerobok Makanan masih lagi dibuka dan sentiasa diisi semula sekiranya habis..
Seramai lebih kurang 100-120 orang sehari yang akan hadir untuk mengambil barang-barang makanan keperluan masing-masing. Kepada yang memerlukan, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) masih lagi menyediakan Gerobok Makanan untuk melengkapi keperluan harian anda.
Lokasi Gerobok Makanan adalah di setiap pejabat-pejabat baitulmal atau pejabat-pejabat Majlis agama islam daerah di negeri Johor.
Datang seawal mungkin untuk mengelakkan beratur panjang dan sentiasa menjaga SOP sepanjang PKP.
Sumber: Facebook Majlis Agama Islam Daerah Johor Bahru






