Ziarah ke rumah abang Indra

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Ziarah ke rumah abang Indra di Batu Pahat, alhamdulillah lihat beberapa keperluan abang dan keluarga, abang mempunyai 4 orang anak, 3 masih bersekolah dan seorang di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).

Abang bekerja di kilang kayu sebelum ini, isteri pula bekerja di kantin sekolah, sekarang abang dan isteri tidak dapat bekerja kerana pelaksanaan PKP.

Sebelum ini dimaklumkan rumahnya terutama di bahagian dapur terlalu uzur dan perlu dibaik pulih, akibat terkesan dan tidak dapat bekerja abang tidak dapat baik pulih ruangan tersebut.

Hasil perbincangan diantara beberapa agensi, alhamdulillah bagi tujuan baik pulih rumah tersebut akan dibantu oleh pimpinan setempat dan rakan NGO.

Pihak MAINJ hadir memberi sumbangan tunai, keperluan makanan asas dan pertimbangan bantuan secara bulanan. Selain dari itu untuk pendaftaran anaknya dicadangkan terus melalui bantuan pendaftaran IPT yang disediakan MAINJ.

Terima kasih kepada pimpinan masyarakat setempat, JKM, rakan NGO di atas bantuan dan kerjasama, Moga Allah permudahkan semua urusan abang Indra sekeluarga.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda

Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat, Ustaz Siddik Maidin Kutty