400 beg makanan keperluan asas diagih

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Syukur, serahan keperluan makanan asas dan kami ziarah juga 1 keluarga lihat keperluan serta doakan mereka.

Kami peruntukan 400 beg makanan keperluan asas di sini, amil dan Jawatankuasa setempat akan bantu pengagihan kepada penduduk setempat, kami lihat jawatankuasa gembira bantu, semua bersemangat, daripada malam, turunkan barang dari lori, kemas dan ada yang bermalam untuk jaga barang-barang tersebut, Allahu Akbar. Terharu sangat kami, sayang dan prihatin sangat mereka pada penduduk.

Hadir sama Penasihat MAINJ, Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Zulkifly Mohd Tahir dan Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal Dan Waqaf MAINJ, Ustaz Azlan Abdullah.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda