Bantuan kepada keluarga mangsa Covid

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Sayu sangat tengok muka anak-anak ini, semua masih kecil, perlukan kasih sayang ayah dan ibu, sama macam anak-anak yang lain, tapi Allah lebih sayangkan ibu dan bapa mereka.

Allahyarham bapa mereka meninggal dunia pada Mac yang lalu, pada 5 Ogos ibu anak-anak ini pula meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19, Allahuakbar.

Sekarang atuk mereka ambil alih tanggungjawab jaga ketiga-tiga cucunya, isterinya juga meninggal dunia akibat Covid-19. Berat sungguh ujian pakcik, kehilangan anak, isteri dan menantu, nampak kesedihan pada mata pakcik, tapi kami lihat pakcik tabah, sabar dan redha dengan ujian yang diterima.

Kami datang ziarah, kongsi sedih, beri sumbangan wang tunai, keperluan asas dan akan bantu secara bulanan untuk cucu-cucunya.

Moga Allah terus beri kekuatan pada pakcik, Allah pelihara semua cucu dan mereka menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat, PBSM, Dato’ Haji Mohd Rashidi Md Nor, menyerahkan sumbangan.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda