Ziarah mangsa rumah terbakar

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Kami datang ziarah, tanya khabar abang, isteri dan anak-anak, hampir keseluruhan rumahnya terbakar, kami lihat kebanyakan barang-barang sudah tidak boleh diguna, sofa, telivisyen dan peralatan dapur habis semua. berat ujian abang sekeluarga lebih-lebih lagi pada masa ini.

Kami beri wang tunai pada abang untuk keperluan deposit rumah sewa yang lain, buat sementara waktu abang, isteri dan anak-anak duduk di rumah saudaranya, syukur dapat saudara yang baik, prihatin.

Moga sedikit sebanyak ringankan beban abang dan Allah mudahkan urusan abang sekeluarga.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda