Ziarah ke 5 buah rumah di daerah Johor Bahru

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Ziarah ke 5 buah rumah di daerah Johor Bahru, Allahuakbar, semua diuji, 3 daripadanya terbakar secara keseluruhan, kami tengok banyak barang yang tidak boleh digunakan, barangan perabut, elektrik dan lain-lain, tidak banyak barang yang sempat diselamatkan, berat ujian untuk semua, ada antara mereka yang tidak bekerja, berniaga kecil-kecilan dan lain-lain lagi.

Buat masa sekarang mereka menetap sementara di rumah ibu/bapa, adi beradik atau saudara mara, syukur pimpinan setempat cepat datang membantu, semua prihatin.

Kami beri sumbangan tunai kepada ketua keluarga mangsa, terima kasih juga untuk Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang turut sama menghulurkan sumbangan tunai, moga sedikit sebanyak ringankan beban mereka.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda