Ibu bersama 6 orang anak duduk dalam keadaan bergelap

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Dapat makluman, ada seorang ibu bersama 6 orang anaknya duduk dalam keadaan bergelap, Allahuakbar, sedih sangat tengok gambar yang diberi.

Kes ini dibawa kepada kami oleh NGO, keluarga ini terpaksa keluar dari rumah sewa yang didiami sebelum ini dan menumpang disebuah rumah kosong untuk berteduh.

Ibu ini berpendapatan sekitar RM 20.00 sehari dengan mengambil upah membersihkan tauge, mungkin kerja ini boleh dibuat mengikut masa yang sesuai kerana dalam masa yang sama beliau perlu menjaga anak-anaknya.

Lawatan kami yang turut disertai oleh pihak pengurusan kawasan perumahan, pihak NGO, wakil ketua ketua kampung, turut hadir dari pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membantu, Alhamdulillah.

Dalam lawatan tersebut, keluarga ini akan dibantu untuk penempatan yang lebih selesa dibawah SUKJ perumahan, pihak pengurusan membantu untuk kemasukan air dan eletrik dan NGO dari segi keperluan dan pengurusan keluarga ini dan pihak kami akan membantu deposit kemasukan rumah serta bayaran bulanan sehingga ibu dan anak-anak ini menerima tawaran rumah kerajaan, syukur kerjasama yang baik dari semua pihak untuk bantu ibu dan anak-anak.

Sebelum balik kami beri sumbangan tunai untuk keperluan ibu dan anak-anak, insya-Allah kami akan bantu keluarga ini Dari semasa ke semasa.

Terima kasih kepada pihak NGO yang banyak membantu dan menyampaikan maklumat kepada kami, kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha membantu. Moga Allah merahmati keluarga ini dan mudahkan urusan kita semua.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda

Gambar awal yang kami terima
Alhamdulillah, pihak pengurusan bantu memasangkan lampu
Kunjungan kami bersama wakil penduduk & agensi berkaitan
Sumbangan tunai oleh Amin Baitulmal MAINJ Daerah Johor Bahru, Ustaz Firdaus Abdul Hamid