Ziarah mangsa kebakaran di daerah Pontian

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Datang ziarah dan kongsi sedih dengan 5 saudara kita di Kampung Tenggayun Pontian, kediaman mereka terbakar sebelum ini, tidak banyak barang-barang yang dapat diselamatkan, syukur tiada kemalangan jiwa berlaku.

Mereka kini menetap sementara di tempat yang disediakan, ada yang menetap di rumah kenalan terdekat, sedih sangat rasa, ada antara mereka yang mempunyai anak kecil dan sudah pasti mengiginkan tempat tinggal yang selesa untuk keluarga, kami dimaklumkan mereka akan mencari rumah sewa di kawasan sekitar.

Sebelum balik kami beri sumbangan tunai, ringankan beban semua, Moga Allah terus beri kekuatan buat mereka.

Terima kasih kepada Pejabat Daerah Pontian dan pimpinan setempat, alhamdulillah sama-sama ziarah dan menyampaikan sumbangan.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda