Semoga dipermudahkan urusan

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Berat ujian abang, anaknya baru 6 hari lepas kemalangan jalan raya, masih di dalam rawatan, Allah uji sekali lagi, kediamanya pula terbakar, Allahu akbar.
Kami datang ziarah, tengok banyak barang-barang asas yang terbakar terutama dibahagian dapur dan ruang tamu, banyak juga duit diperlukan untuk gantikan dan buat semula rumahnya.
Sebelum balik kami beri wang tunai, doa sama-sama, mohon dengan Allah beri kekuatan, moga sedikit sebanyak ringankan beban dan Allah mudahkan urusan abang.
TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin#KamiAda

Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ Encik Khirul Nizam Mat Said