Bantuan kepada mangsa ribut

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah, kami peruntukan RM 118,000.00, beri wang tunai dan makanan asas kepada 367 orang saudara kita di daerah Kota Tinggi, Allah uji semua, kediaman mereka di pukul ribut serta menyebabkan kerosakan sebelum ini.

Selain itu, kami bayarkan juga sewa rumah untuk 4 keluarga yang mengalami kerosakan teruk, kini rumah mereka telah selesai dibaik pulih dan semua telah pulang ke kediaman masing-masing.

Syukur, dapat ringankan beban semua, terima kasih kepada pimpinan setempat sama-sama membantu, moga Allah pelihara semua.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT