196 beg keperluan asas

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Pagi tadi ziarah saudara-saudara kita di Flat Jasa, Mutiara Rini, baik-baik sangat orang di sini, semua ramah dan cepat mesra, awal pagi sudah sampai dan tunggu kami. Kami bawa 196 beg keperluan asas, ringankan beban semua, alhamdulillah dengan peralihan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 di negeri ini, ada dari mereka yang sudah mula bekerja semula, cari rezeki untuk keperluan anak dan isteri.

Terima kasih kepada jawatankuasa surau dan pimpinan setempat, banyak membantu, moga Allah pelihara semua.Sumbangan disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal dan Waqaf MAINJ, Tuan Haji Azlan Abdullah, hadir sama Penolong Pengarah Agihan Zakat, Ustaz Zakuan Ghazali dan Amin Baitulmal MAINJ Daerah Johor Bahru, Ustaz Firdaus Abdul Hamid.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT

#MainjPrihatin
#KamiAda