Sumbangan bantuan

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Terima kasih pada ketua kampung, asbab bawa kami ziarah, dapat jumpa keluarga ini, pertama kali singgah rumah kakak rasa sedih sangat, banyak peralatan asas yang tiada, ada juga yang sudah uzur. Masa itu kami niat, akan datang lagi, bawakan keperluan untuk kakak.

Alhamdulillah, Allah izinkan, kami datang, belikan beberapa keperluan, betulkan sedikit pendawaian elektrik, tukarkan kipas siling, lampu dan lain-lain, niat untuk kakak, suami dan anak-anak selesa sedikit.

Banyak kali kakak ucap terima kasih, rasa terharu sangat, tidak henti doa, moga Allah pelihara kakak sekeluarga, anak-anak berjaya bila dewasa nanti.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT

#MainjPrihatin
#KamiAda