111 beg keperluan asas

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

“Bila musim tengkujuh, tak boleh ke laut, jadi ramai yang buat kerja-kerja lain untuk keperluan sara hidup, ada yang ambil upah buat kerja kampung, menukang dan lain-lain”. Syukur dapat jumpa dan ziarah mereka, kami bawa dan serah 111 beg keperluan asas untuk saudara-saudara kita di Mukim Serkat dan Air Masin Pontian, hampir 300 orang yang bekerja sebagai nelayan di sini.

Alhamdulillah walau berusia tapi semua masih sihat, nampak kuat, moga Allah terus kurniaan kesihatan buat mereka.Terima kasih kepada penghulu mukim dan ketua kampung, mengurus dan sama-sama dalam majlis serahan.

Hadir menyerahkan sumbangan Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal Dan Wakaf MAINJ, Tuan Haji Azlan Abdullah, Penolong Pengarah Agihan Zakat, Ustaz Zakuan Ghazali dan Amin Baitulmal MAINJ Daerah Pontian, Ustaz Sheikh Hafie Awab.

“Sertai program menarik sepanjang EYOZ 1-30 Nov 2021”https://www.maij.gov.my/eyoz2021

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#endyearofzakat2021
#MainjPrihatin
#KamiAda