Ziarah penerima bantuan dialisis

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Ziarah, tanya khabar saudara-saudara kita yang diuji dengan penyakit buah pinggang, ramah-ramah semuanya, rancak juga berbual, gembira bila kami datang.

Sehingga 31 Oktober diseluruh negeri Johor, seramai 3,566 penerima bantuan dialisis di bawah tanggungan MAINJ dengan perbelanjaan RM43.3 juta, alhamdulillah.

Hadir ziarah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Zulkifly Mohd Tahir dan Penasihat Sinar Hemodialisis Sdn. Bhd. Prof. Madya Ts Dr. Adnan Ahmad.