Penyerahan klinik bergerak kepada Waqaf An-Nur Corporation Berhad

posted in: Wakaf | 0

Alhamdulillah, serahan klinik bergerak kepada Waqaf An-Nur Corporation Berhad.

Majlis Agama Islam Negeri Johor memperuntukan sebanyak RM312, 827.72 kepada Waqaf An-Nur untuk klinik bergerak ini dengan tujuan menyediakan khidmat nasihat kesihatan kepada masyarakat khususnya di negeri Johor.

Waqaf An-Nur telah menubuhkan rangkaian Klinik Waqaf An-nur sejak tahun 1998 yang diurus oleh KPJ Healthcare Berhad. Klinik Bergerak Waqaf An-Nur ini akan diuruskan oleh KPJ Healthcare Berhad sebagai satu projek tanggungjawab sosial untuk masyarakat.

Majlis penyampaian disempurnakan oleh Tuan Haji Zulkifly bin Haji Mohd Tahir (Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ) kepada Tuan Haji Bukhari bin Abd Rahman (Ketua Eksekutif Waqaf An-Nur) sambil disaksikan oleh Datuk Syed Mohamed bin Syed Ibrahim (Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation), Dato’ (Dr) Haji Nooh bin Gadot (Penasihat MAINJ) dan Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed (Timbalan Mufti Negeri Johor).