100 beg makanan asas diagih

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Suka dengar ucapan dari wakil jawatankuasa masjid tadi, katanya macam-macan cara mereka buat melalui masjid untuk bantu penduduk sekitar yang terkesan sejak dari awal PKP lagi, kami nampak mereka memang sungguh-sunguh membantu, tidak kira usia, tidak kira jawatan, sama-sama buat kerja, Alhamdulillah.

Petang tadi kami datang, kerjasama dengan mereka, bawakan 100 beg makanan asas, sempat kami kongsi dan ceritakan sedikit perkhidmatan bantuan ZAKAT yang MAINJ sediakan, moga sedikit sebanyak ringakan beban semua.Hadir menyerahkan sumbangan Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal dan Waqaf MAINJ, Tuan Haji Azlan Abdullah.

Sempurnakan ZAKAT anda sebelum 31 Disember 2021

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda