Majlis penyempurnaan zakat perniagaan oleh Pharmaniaga Berhad

posted in: Zakat | 0

Majlis penyempurnaan zakat perniagaan oleh Pharmaniaga Berhad di Pejabat Menteri Besar Johor, Kota Iskandar.

Serahan disampaikan oleh Lembaga Pengarah Pharmaniaga, Dato’ Dr. Najmil Faiz Mohamad Aris kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Tosrin Jarvanthi, disaksikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Hasni Mohammad.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Abu dan Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ Encik Sulaiman Ismail.

“Semoga Allah memberi balasan yang baik apa yang diberi, berkati baki harta yang ditinggalkan dan menjadikannya harta yang bersih”

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT