MISI BANTUAN BANJIR

posted in: Bantuan | 0

“Kami Bantu Banjir Johor” ke daerah Segamat, kerjasama diantara dua pasukan briged yang berteraskan Ahli Sunah Waljamaah, Majlis Agama Islam Negeri Johor (Briged Ansar) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Briged Aswaja).

Pelepasan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, YB Tuan Haji Tosrin Jarvanthi.

Turut merai, Penasihat MAINJ, YB Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Pengarah JAINJ, YB Dato’ Haji Rofiki Dato’ A. Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Abu dan Ahli-ahli Majlis MAINJ.

Seramai 200 kakitangan terlibat menjayakan kerja-kerja pembersihan dikawasan terjejas serta beberapa keperluan dibawa bersama bagi tujuan sumbangan.Misi kali ini turut disertai oleh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda