Ziarah mangsa kebakaran

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Jam 11.30 malam semalam kami terima panggilan telefon dari seorang Penghulu, katanya berlaku kebakaran melibatkan 4 buah rumah, habis terbakar tiada apa yang tinggal, Allahuakbar. Awal pagi tadi kami terus ke lokasi, ziarah juga ke Pusat Penempatan Sementara, jumpa mereka, berbual dan beri sedikit kata semangat.

Sebelum balik kami sama-sama doa, beri sedikit keperluan dan wang tunai. Syukur beberapa agensi lain turut hadir beri sumbangan, semua prihatin, kami dimaklumkan mereka akan dipindahkan ke PPR berdekatan, moga Allah beri kekuatan buat semua, sama-sama kita doakan.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin #KamiAda