Sumbangan kepada 1,789 keluarga mangsa banjir

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Dengan izin Allah, dalam masa terdekat melalui wang zakat kami akan sumbang RM500.00 kepada 1,789 keluarga yang terkesan dengan banjir tempoh hari. Insya-Allah dengan kerjasama Pejabat Daerah dengan jumlah keseluruhan RM894,500.00.

Tangkak : 537 keluarga
Muar : 337 keluarga
Segamat : 610 keluarga
Batu Pahat : 108 keluarga
Mersing : 143 keluarga
Kluang : 54 keluarga

Pagi tadi kami raikan beberapa saudara kita yang terkesan di daerah Kluang, alhamdulillah.

Hadir sama Penasihat MAINJ, Y.B Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Ahli Majlis MAINJ, YB Dato’ Haji Tahrir Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin Haji A. Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Tuan Haji Ismail Abu, Kadi Daerah Kluang, Tuan Haji Sabarudin Isnin dan Amin Baitulmal MAINJ Daerah kluang, Ustaz Norhisham Md Sawal.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda