Lawatan tapak kubur di daerah Kluang

posted in: Aktiviti, Umum | 0

Alhamdulillah, kami ke Tapak Kubur Bersepadu Padang Tembak daerah Kluang.

Tapak wakaf kubur ini berkeluasan 53 ekar, dikurniakan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bagi kerja-kerja pembersihan dan seterusnya merangka pelan konsep untuk menjadikan tapak berkenaan sebagai tanah perkuburan islam bersepadu daerah Kluang.

Semoga hasil lawatan ini dapat merealisasikan impian bagi menjayakan proses Tanah Kubur bersepadu ini seterusnya dapat dimanfaatkan oleh umat Islam khususnya di daerah Kluang.

Hadir sama Penasihat MAINJ, Y.B Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Ahli Majlis MAINJ, YB Dato’ Haji Tahrir Haji Shamsudin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Tuan Haji Ismail Abu, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ Encik Sulaiman Ismail, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid & Surau JAINJ, Tuan Haji Taufiq Haji Shamsudin, Kadi Daerah Kluang, Tuan Haji Sabarudin Isnin dan Amin Baitulmal MAINJ Daerah kluang, Ustaz Norhisham Md Sawal.