Bantuan kepada 4 keluarga mangsa kebakaran

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Kami bayarkan deposit kemasukan rumah untuk 4 keluarga, ujian Allah, kediaman mereka terbakar di kampung Skudai Kiri tempoh hari.

Pagi tadi kami datang ziarah, kongsi sedih, beri sumbangan wang tunai dan sama-sama tadah tangan berdoa. Sedih sangat rasa, berat ujian mereka, kediaman dan tempat tinggal bersama anak, isteri sebelum ini hilang sekelip mata, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik, insya-Allah.

Hadir menyerahkan sumbangan Penasihat MAINJ Y.B Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Pegawai Daerah Johor Bahru, Dato’ Haji Abdul Rahman Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Tuan Haji Ismail Abu, Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal dan Waqaf MAINJ, Tuan Haji Azlan Abdullah dan wakil SUKJ Bahagian Perumahan.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda