Ziarah di daerah Segamat

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Ziarah, tanya khabar, lihat keperluan kakak Siti dan keluarga di daerah Segamat. Kakak menetap bersama 5 orang anak dan bapanya, 3 orang anak kakak masih kecil dan alhamdulillah 2 orang dewasa, telah bekerja.

Segala keperluan, kakak menggunakan wang yang diterima daripada pihak JKM dan bapanya juga menerima secara bulanan dari FELCRA. Kami doakan kakak, ayah dan anak-anak terus sihat, dengan izin Allah anak-anak berjaya dunia akhirat.

Sebelum balik kami sampaikan sumbangan tunai, insya-Allah akan melihat keperluan kakak semasa ke semasa.
Hadir menyerahkan sumbangan Amin Baitulmal MAINJ Daerah Segamat, Ustaz Khairul Anwar Isnin, terima kasih kepada ketua kampung, prihatin pada penduduk setempat dan hadir ziarah bersama kami.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT

#MainjPrihatin #KamiAda