Ujian Allah, 4 rumah terbakar

posted in: Bantuan | 0

Kebanyakan terkesan pada bahagian atas sepenuhnya, dinding retak, kayu sokongan bumbung terkesan api kebakaran dan beberapa barang yang tidak sempat diselamatkan, syukur tiada kemalangan jiwa berlaku.
Ada dari kalangan mereka yang sakit angin ahmar, memerlukan keperluan perubatan bulanan, insya-Allah kami akan membantu.

Sebelum balik kami beri sumbangan tunai, ringankan beban, beri juga sedikit kata-kata semangat dan doakan semua.
“Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan kepada Allah jualah kami kembali. Ya Allah beri lah aku pahala dalam musibah ini, dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya”.

Hadir sama Penasihat MAINJ, Y.B Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Ahli Majlis MAINJ, YB Dato’ Haji Tahrir Haji Shamsudin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Tuan Haji Ismail Abu, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ Encik Sulaiman Ismail, Kadi Daerah Kluang, Tuan Haji Sabarudin Isnin dan Amin Baitulmal MAINJ Daerah kluang, Ustaz Norhisham Md Sawal.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin #KamiAda