Sumbangan kepada mangsa kebakaran

posted in: Bantuan | 0

Tinggal anjung sahaja, yang lain habis terbakar, tiada apa yang tinggal, alat-alat untuk pakcik bekerja pun habis terbakar, ujian berat untuk pakcik dan keluarga, sedih sangat rasa, Allahuakbar.

Kami datang ziarah, kongsi sedih dan lihat keperluan, buat masa sekarang pakcik dan keluarga duduk dan menyewa rumah di kawasan berdekatan, syukur cepat dapat tempat untuk berteduh.

Sebelum balik kami sampaikan wang tunai, ringankan beban pakcik sekeluarga untuk beli barang-barang keperluan. Hadir menyerahkan sumbangan Pegawai Daerah Muar, Tuan Haji Mustaffa Kamal Dato’ Haji Shamsudin dan Amin Baitulmal MAINJ Daerah Muar, Ustaz Adzrul Taib.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin #KamiAda