Semoga dipermudahkan urusan

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Terkesan kami dengan akhlak anak-anak Allahyarham, masih kecil tetapi sopan dan beradab sangat, semua duduk senyap, pegang satu sama lain, Allahuakbar, masa doa kuat mereka aminkan, ucap terima kasih bila kami beri hadiah.

Suami kakak meninggal dunia beberapa minggu lepas, katanya meninggal semasa tengah kerja, sedih sangat kami tengok kakak dan 5 orang anaknya, hilang tempat bergantung, anak-anak masih kecil dan perlukan kasih sayang, tetapi Allah lebih sayangkan Allahyarham.

Kakak cakap beliau akan mula berniaga semula, buat mee celup, sebelum ini suaminya bantu hantar bila ada yang buat tempahan, Moga dipermudahkan urusan kakak dan anak-anak.

Sebelum balik, kami beri wang tunai, keperluan asas dan beg sekolah untuk anak-anak dan insya-Allah bantuan tunai secara bulanan. Kami doakan anak-anak berjaya bila besar nanti, Allahyarham suami ditempatkan bersama golongan soleh.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin #KamiAda

This image has an empty alt attribute; its file name is 273928259_243311437991286_3942336759266751973_n.jpg