MAIJ Bantu, Asnaf Sejahtera

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Dengan kerjasama Pejabat Daerah Mersing, melalui wang zakat kami akan beri RM1,000.00 kepada 1,370 keluarga yang terkesan dengan banjir tempoh hari dengan jumlah agihan sebanyak RM137,000.00.

Pagi tadi kami raikan 4 keluarga yang terkesan, sampaikan wang tunai dan keperluan asas buat mereka, insya-Allah bagi keluarga lain terkesan akan diurus oleh MAINJ daerah Mersing, moga sedikit sebanyak meringankan beban semua.

Hadir menyerahkan sumbangan, Penasihat MAIJ, Y.B Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, simbolik penyerahan di terima oleh Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohammed Shakib Haji Ali. Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Encik Sulaiman Ismail dan Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal dan Wakaf MAIJ, Tuan Haji Azlan Abdullah.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT