“MAINJ BANTU, ASNAF SEJAHTERA”

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Dengan izin Allah, kami sentiasa ada bersama mereka, ziarah, lihat keperluan dan doakan semua.

Sebelum balik kami beri wang tunai dan keperluan asas. Buat yang sakit moga Allah beri kesembuhan, buat keluarga yang menjaga moga Allah ganjari dengan pahala, Amin Ya Rab.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Majlis MAINJ, YB. Dato’ Haji M. Tahrir Dato’ Haji Samsudin.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Encik Sulaiman Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat, Encik Sufian Suleiman, Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal dan Wakaf MAINJ, Tuan Haji Azlan Abdullah.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT