Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Sesi 2020, 2021 & 2022 Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).

posted in: Umum | 0

125 orang graduan (80 lelaki, 45 perempuan) layak menerima Sijil Tamat Hafazan bagi program Diploma Tahfiz Al-Quran Wa Al Qiraat bagi sesi ini.

Pada pagi tadi kami diperdengarkan alunan ayat suci Al-Quran Khatam Hafazan Al-Quran oleh 26 huffaz Diploma Tahfiz Al-Quran Wa Al Qiraat.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Ismail Abu.

Hadir sama, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), YB. Dato’ Haji M. Tahrir Dato’ Haji Samsudin dan Rektor Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), Prof. Madya Dr. Hussin Salamon.

Semoga kesemua huffaz dapat mengetengahkan keterampilan diri dalam perjalanan hidup dan perjuangan dakwah dengan berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah Khasnya di Negeri ini.