“MAINJ BANTU, ASNAF SEJAHTERA”

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah, kami di Masjid Bandar Putra Segamat, syukur dapat solat maghrib berjemaah bersama penduduk setempat, adakan sedikit tazkirah dan sampaikan keperluan asas serta wang tunai kepada 34 keluarga.

Dengan izin Allah, esok pagi kami akan ziarah dan sampaikan pelbagai sumbangan di sekitar Daerah Segamat, doakan ya.

Hadir sama Penasihat MAINJ YB Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Ahli Majlis MAINJ, YB. Dato’ Haji M. Tahrir Dato’ Haji Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Abu dan Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal dan Wakaf MAINJ, Tuan Haji Azlan Abdullah.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT

#MainjPrihatin #KamiAda