“MAINJ BANTU, ASNAF SEJAHTERA”

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

“Terima kasih beri kediaman yang lebih elok untuk saya” Allahuakbar, tidak terluah kata-kata dari penerima, sebab terlalu gembira.

Pagi tadi kami bersama Waqaf An-Nur melalui wakalah zakat perniagaan Johor Corporation membuat serahan 2 buah rumah di sekitar daerah Johor Bahru, segala puji bagi Allah rumah ini mempunyai 3 bilik serta lengkap dengan kemudahan elektrik dan air.

Syukur, melalui wang zakat dapat kami gembirakan mereka dan keluarga.Hadir membuat serahan Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal dan Waqaf MAINJ, Tuan Haji Azlan Abdullah dan Pengurus Besar Waqaf An-Nur Corporation Berhad, Tuan Haji Zamri Norani.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT