“MAINJ BANTU, ASNAF SEJAHTERA”

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Pagi tadi kami di Pejabat Daerah Segamat, alhamdulillah sampaikan beberapa sumbangan untuk saudara-saudara kita:

1. RM3,648,963.00 juta kepada 5 buah pusat dialisis untuk rawatan bagi saudara-saudara kita yang berkelayakan.

2. RM10,800.00 kepada anak yatim yang kematian ibu bapa akibat Covid-19.

3. RM309,600.00 kepada anak yatim yang tidak menetap di rumah kebajikan.

4. RM29,500.00 kepada pemandu teksi/kereta sewa.

5. RM1,392.000.00 juta kepada mereka yang terkesan dengan banjir.

Segala puji bagi Allah, keseluruhan sumbangan sebanyak RM5,390,863.00, semoga sedikit sebanyak dapat ringankan beban semua.

Hadir sama Penasihat MAINJ YB Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Ahli Majlis MAINJ, YB. Dato’ Haji M. Tahrir Dato’ Haji Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Abu dan Pegawai Daerah Segamat, Tuan Haji Hasrin Kamal Hashim.

Turut merai, Pentadbir Tanah Daerah Segamat, Tuan Haji Mohd Helmi Dato’ Haji Sa’ari dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Segamat, Encik Mohd Fazle Mohd Yusof.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT