Ziarah ke Mukim Panchor, Muar

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Kami ziarah ke Mukim Panchor Muar, pergi rumah-rumah saudara kita yang mengalami kerosakan akibat banjir tempoh hari, sampaikan wang tunai bagi setiap keluarga RM5,000.00 untuk tujuan baik pulih rumah, alhamdulillah.

Dengan kerjasama Pejabat Daerah Muar, terdapat 29 rumah yang terkesan (kategori mereka yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara, yang tidak tersenarai di bawah bantuan kerajaan pusat) segala puji bagi Allah, moga sedikit sebanyak ringankan beban mereka semua.

Hadir menyerahkan sumbangan Pegawai Daerah Muar, YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal Haji Shamsudin, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam MAINJ Daerah Muar, Ustaz Norazlan Nordin dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat Daerah Muar) Encik Arsyad Nordin.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT