“MAINJ BANTU, ASNAF SEJAHTERA”

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Pagi semalam selepas serah resit fitrah kepada amil kami terus ke Taman Cendana, Pasir Gudang. Dapat makluman sebuah keluarga yang bekeperluan.

Bila sampai kami beri salam, anaknya yang jawab, jiran sebelah bagitahu tuan rumah ada di bawah, kami tengok kakak tengah pegang topi keledar, risau juga jika kakak hendak keluar, kami panggil kakak, bergegas kakak naik semula.

Kakak beritahu kami, suaminya diuji, pendapatan tidak menentu, tetapi tetap usaha untuk penuhi keperluan keluarga, anak-anak pun tanya, hendak masuk bulan puasa, hendak juga beli kurma dan lain-lain, selain itu keperluan sekolah untuk anak lelaki pun belum beli, sebak sangat kami dengar.

Kakak cadang hari isnin hendak ke pejabat MAINJ, sebelum ini jika betul memerlukan suaminya akan ke MAINJ untuk dapatkan keperluan.

Segala puji bagi Allah, gembira kakak bila kami datang ziarah, sebelum balik kami beri keperluan asas dan duit pada kakak, insyallah cukup untuk keperluan Ramadan, selain dari itu kami akan usahakan untuk keperluan sekolah dan juga hari raya terutama baju untuk semua anak-anak.

Hadir menyerahkan sumbangan Amin Baitulmal MAINJ Daerah Johor Bahru, Ustaz Firdaus Abdul Hamid dan Penolong Pengarah Pungutan Zakat, Ustaz Mohd Shafie Mustapha.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT