“MAINJ BANTU, ASNAF SEJAHTERA”

posted in: Bantuan | 0

Doakan mereka ya, ujian pada bulan Ramadan, 5 saudara kita di Mukim Serom Tangkak, rumah mereka di pukul ribut, ada yang tercabut semua bumbung, angin terbangkan, Allahuakbar.

Kami hadir ziarah, beri semangat dan sampaikan sumbangan tunai pada semua, moga sedikit sebanyak ringankan beban mereka. Terima kasih pada pimpinan setempat dan agensi yang sama-sama datang membantu.

Hadir menyampaikan sumbangan Pegawai Daerah Tangkak, Tuan Haji Azman Mohamed Shah dan Amin Baitulmal MAINJ Daerah Tangkak, Ustaz Al Azhar Fadzil.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT