AGIHAN MANFAAT WAKAF UNTUK SAUDARA BARU

posted in: Bantuan, Wakaf | 0

Dalam suasana berpuasa, rasa syukur dan gembira dapat berjumpa serta bertanya khabar 6 keluarga saudara baru di daerah Mersing bagi menyampaikan sumbangan agihan manfaat wakaf dan barang keperluan asas.

Sumbangan ini bertujuan meringankan beban mereka dalam membuat persiapan berbuka puasa.

Sama-sama kita berdoa agar saudara-saudara kita ini sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah jua.

Sumbangan disampaikan oleh Amin Baitulmal Daerah Mersing, Ustaz Mohd Syafiq Mohd Said.

Turut hadir Ustaz Shahrul Affendi Yusof, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dan Pegawai Unit Ukhuwah, Pejabat Kadi Daerah Mersing.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT DAN PEWAKAF