Aktiviti: Program memasak bubur lambuk Ramadan

posted in: Aktiviti, Asnaf, Bantuan | 0

Walau pelbagai nama dan latar belakang matlamat kami semua sama, untuk bantu mereka yang memerlukan di luar sana.

Briged Ansar MAINJ bersama beberapa NGO bekerjasama dalam program memasak bubur lambuk Ramadan, alhamdulillah erat silaturrahim, sama-sama buat persiapan, sama-sama memasak dan buat agihan.

Selain daripada itu, kami sampaikan juga sumbangan keperluan peralatan perniagaan kepada salah seorang peniaga di sini, moga dipermudahkan segala urusan mereka.

Terima kasih kepada:
1)Persatuan Food Truck Johor
2)Persatuan Bulan Merah Malaysia Khidmat Masyarakat Kebangsaan
3)Comunity Roda Johor
4) Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Ikhlas Hati Negeri Johor
5) Gabungan Ngo Perihatin
6) Persatuan Indipendant Volenteer Indevo

Hadir meraikan Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Encik Sulaiman Ismail dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Kesihatan Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, YB Dato’ Haji Mohd. Rashidi Mohd. Nor.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT DAN PEWAKAF