Raikan 184 pemandu teksi/kereta sewa daerah Johor Bahru

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Raikan 184 pemandu teksi/kereta sewa daerah Johor Bahru, beri RM500.00 seorang pada Majlis Berbuka Puasa dan Serahan Zakat di kediaman rasmi YAB Menteri Besar Johor semalam.

Syukur gembira semua, bila wakil pemandu naik ke pentas untuk simbolik terimaan, semua pembayar zakat tepuk tangan raikan, alhamdulillah, beri sokongan moral kepada pemandu-pemandu.

Terima kasih kepada 13 syarikat yang menyempurnakan zakat, moga Allah beri keuntungan yang berterusan:

1.Teto Engineering Sdn Bhd
2. Sime Darby Property Berhad
3. Telekom (M) Berhad
4. Korperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad
5. Maybank Islamic Berhad
6. Amona Infra Care Sdn Bhd
7. NAFAS
8. KPRJ dan anak syarikat
9. Achi Jaya Plantations Sdn Bhd
10. PDT Sdn Bhd dan anak syarikat
11. PIJ dan anak syarikat
12. Iskandar Investment Berhad
13. Johor Port Berhad

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, SS Mufti Negeri Johor, YB Dato’ Haji Yahya Ahmad, Penasihat MAINJ, YB Dato’ (dr.) Haji Nooh Gadot dan Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Tuan Haji Ismail Abu.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT DAN PEWAKAF