Penyerahan bantuan rumah

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah, terima rumah baru sebelum Syawal, rumah 3 bilik moga selesa buat penerima (asnaf), syukur gembira mereka.

Melalui wang zakat dengan kerjasama Pejabat Daerah Muar rumah ini disiapkan, majlis penyerahan di sempurnakan oleh Pegawai Daerah Muar, YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal Dato’ Haji Shamsudin.Sebelum balik kami beri juga wang tunai dan kuih raya, terima kasih pembayar zakat sentiasa buat penerima (asnaf) gembira.

Hadir sama, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam MAINJ, Uztaz Norazlan Nordin, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) Encik Muhamad Hanafi Ahmad Shamsi, Penghulu-penghulu Mukim, dan Ketua-ketua Kampung.